Thursday, 3 October 2019

Anak Syurga Baby Kyfa Nishka Kembali Ke Pangkuan Ilahi




Image result for baby kyfa nishka



Assalamualaikum.....Hai......
Harini saya ingin menceritakan sedikit mengenai perjuangan bayi Kyfa Nishka menghadapi kanser yang ditanggungnya sehingga menghembuskan nafas terakhirnya semalam....

2 Oktober 2019 hari yang paling menyedihkan bagi ibu bapa Kyfa Nishka apabila anak bongsunya daripada 5 adik beradik yang berusia 4 bulan telah kembali kerahmatullah.Anak yang dikandungkannya selama 9 bulan telah telah menghidap kanser otak dan buah pinggang tahap empat ketika bayi itu berusia 21 hari.

Keadaan bayi Kyfa Nishka mula mendapat perhatian ramai apabila ibunya Khairiah Kamarudin,35 meletakkan video anaknya yang sedang bertarung dengan kansernya serta bernafas dengan menggunakan bantuan mesin.Video berdurasi 40 saat yang dikongsikan di instagram anak bongsunya itu mendapat tontonan sebanyak 413,911 ribu daripada rakyat Malaysia.Ada juga para selebriti yang mengkongsikan video bayi itu bagi meminta bantuan kewangan dan mendoakan kesihatan bayi tersebut.

Luluh hati seorang ibu dan ayah apabila mendapat tahu anak yang berusia 4 bulan sudah tiada lagi di bumi yang nyata ini.Bayi Nishka dikabharkan dalam keadaan yang tenat dan kritikal semalam serta tidak menunjukkan sebarang tindak balas.Ibunya berkata dia meredhakan pemergian anaknya itu kerana tidak sanggup melihat seorang bayi kecil menahan kesakitan dan penderitaan yang teramat.

Suasana menjadi sayu apabila Nishka dikhabarkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang di Unit Depensi Tinggi (HDU)Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ,Kubang Kerian dan telah dikebumikan pada malam itu juga.Sehubungan dengan itu,ramai pihak yang tidak putus-putus mensedekahkan al-fatihah atas pemergian anak syurga itu.

Image result for al fatihah baby kyfa nishka


"Moga engkau tenang disana anak syurga"antara coretan yang banyak ditulis di media sosial."Kepada engkau kami datang ,kepada engkau jugalah kami kembali"




















No comments:

Post a Comment

Anak Syurga Baby Kyfa Nishka Kembali Ke Pangkuan Ilahi

Assalamualaikum.....Hai...... Harini saya ingin menceritakan sedikit mengenai perjuangan bayi Kyfa Nishka menghadapi kanser yang ...